---
Sekarang,
aku hanya ingin membuat diriku baik-baik sahaja tanpa harus menjalani hidup dengan keliru.
Meski kadang-kadang aku memang tak baik-baik ataupun harus tak baik-baik sahaja.
Agar aku tetap mengerti bagaimana mengendalikan diriku sendiri.
Sekarang,
aku ingin bertanggungjawab pada diriku sendiri.
Memperjuangkan diriku agar aku tak salah langkah lagi
dan tak lagi terjebak dalam kenangan yang membuatku terluka.
Sekarang,
aku tak lagi mahu mencari-cari kesedihan agar aku dikasihani.
Berpura-pura tegar agar aku tak merasa tertolak.
Sekarang,
aku tak mahu lagi mempermainkan diriku sendiri.
Mengait-ngaitkan masa sekarang dengan luka-luka yang sudah lama.
Sekarang,
aku ingin menjadi diriku sendiri.
Menyayangi diriku sendiri dengan ikhlas.
Aku akan mengendalikan diriku.
--
Aku akan berusaha.
✨
P/s : O' Ramadhan, i love you.