Tuesday, December 29, 2015

Perception.



Seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang dua (2) biji epal
Ibunya menghampiri dan meminta.


"Boleh bagi ibu sebiji epal tu?"


Kanak-kanak tersebut melihat sejenak muka si ibu
lalu menggigit sedikit sebiji epal dan seterusnya menggigit sebiji epal yang satu lagi.
Ibu tersebut hanya tersenyum melihat gelagat anaknya
walaupun jauh disudut hatinya ada perasaan kecewa.

Tidak lama selepas itu
kanak-kanak tersebut menyerah sebiji epal tersebut kepada ibunya sambil berkata



"Nah.. Ibu ambil yang ini kerana yang ini lebih manis!"






Faham? Tak faham? Buat-buat faham. Hahahaha #lol




Jadi, tidak kira siapa anda
berapa banyak pengalaman serta pengetahuan yang ada
jangan terus membuat keputusan
menjatuhkan hukuman
yang tersirat kita tidak pernah tahu





"Apa yang kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu sangka."









p/s : #resepiwajibbelajarsoon #masterchefathirahchehusin #lol




Monday, December 28, 2015

Dunia.




----








Hidup adalah satu perjalanan yang panjang
Hujungnya sejauh mata memandang
Adakala laluannya makin payah
Sedang kaki kita mula lelah
Dan langkah kita makin lemah


--


"Hanya hati yang sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat Allah sahaja yang akan kekal kuat dan tidak pernah merasa sendiri."


----


Hakikatnya hidup ini sebuah persinggahan
Persinggahan pada sebuah perjalanan
Demi menuju hari akhirat.




Moga Allah redha.
















p/s: sembilan persepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan.









Monday, December 14, 2015