Monday, October 15, 2018

Agama.


--

Orang tua-tua dulu selalu pesan kepada anak mereka yang akan merantau jauh dengan mereka,


"Solat kamu jangan sesekali tinggal tau"

-

Bila difahami betul-betul, pesanan itu membawa seribu makna. Dalam tempoh pembesaran kita, setiap ibubapa mempunyai tanggungjawab untuk mendidik bab agama kepada anak masing-masing. Setiap ibubapa tahu anak dia setakat mana. Sebab tu kadang-kadang, jangan marah mak ayah kita kalau tidak diizinkan untuk merantau. Sebab mereka tahu jikalau kita jauh dengan mereka, agama kita akan tergadai. Sebab apa? Solat kita pun cincai-cincai, disuruh solat pun sempat lagi membalas whatsapp.

-

Sebab itu apabila ibubapa yang betul-betul mendidik anak mereka dengan agama, mereka akan berasa senang hati untuk melepaskan anak mereka merantau di negeri orang. Kerana mereka tahu, didikan agama sudah diberi. Yang tinggal hanyalah diri sendiri untuk membawa diri di negeri orang.


---


Sahabat sekalian, ketahuilah. Kemana sahaja kamu melangkah, agama itu jangan sesekali kamu tinggal. Amalkan betul-betul didikan agama yang telah diberi supaya tidak terlalai dengan permainan dunia. Uruslah dunia ini dengan agama. Tuntutlah ilmu agama walau di mana kamu berada.


--


Moga-moga Allah permudahkan urusan kita semua 💕











p/s : Lagi tinggi harapan, lagi besar kekecewaan.






No comments: