Tuesday, November 27, 2018

Tempat kerja.



--

Ustaz Pahrol pernah kata,


"Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tidak bahagia."


---

Nasihat Dr Fadilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita,

"Betulkan diri kita dahulu. Betulkan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses."


--


Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi ditempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang ditempat kerja.

  • Tanamkan niat kerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang dsb..
  • Buat baik dengan semua orang, dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat dsb..
  • Jangan mengadu domba. Nampak kesalahan orang, mudah adu pada bos dan jadi bahan umpatan dengan kawan-kawan. Jangan mulakan! Ini virus, pembunuh senyap ditempat kerja.
  • Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi ditempat kerja. Tenang akan selalu menang :)
  • Sentiasa ucap terima kasih pada bos dan kawan-kawan.
  • Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.
  • Senyum, usah mudah sangat berubah muka (Ini cabaran jugak bagi aku, dushh ==')


---


Tempat kerja adalah rumah kedua kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika ditempat kerja kita bermain dengan perasaan; kita tidak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?







-



"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat pada yang lain."

Semoga kita mampu.
Allah ease.













P/s : Penat tapi seronok :)




No comments: