--
Menjadi dewasa itu boleh dikata tentang menerima dan berdamai dengan keadaan yang ada. Kerana di hadapan, kita akan didatangkan dengan banyak hal yang tidak menyenangkan. Mahu kembali ke masa lalu, tidak mungkin kan?
Mahu kesal, kecewa dan marah?
Itu juga hanya membuat perasaan jadi penat. Beberapa hal memang akan hancur berantakan dengan ekspektasi yang diinginkan.
Jadi ia sebenarnya adalah perihal mengikhlaskan, walaupun tidak mudah menerima hal yang tidak menyenangkan dengan hati yang lapang. Jangan terlalu sering menyalahkan diri sendiri. Maafkan kalau nyatanya banyak kegagalan yang dilakukan. Maafkan juga kalau keadaannya membawa kita ke ekspektasi yang belum boleh diwujudkan.
Kadang kita lupa, kita suka memaksa diri kita sendiri untuk sesuatu yang belum pasti.
Nikmati prosesnya 🌾
P /s : Bukan tentang biadap tetapi hormat, boleh?