Nak tahu cinta Allah bagaimana?
Saat kita jatuh dalam dosa, Allah ketuk pintu hati kita untuk berubah dengan pelbagai cara. Cuma kita yang akan menentukan samada kita mahu berubah ataupun tidak. "Wahai Tuhanku, janganlah engkau pesongkan hati aku sesudah engkau berikan petunjuk (hidayah) kepadaku."
---
Banyak manapun dosa kita ;
kita tak solat lima waktu,
tak berpuasa dibulan ramadhan,
tak menutup aurat dengan sempurna,
hatta dosa kita menggunung tinggi sekalipun,
berlarilah semula kepada Allah.
--
Kerana Allah yang datangkan ujian dalam hidup kita.
Maka, selayaknya Allah jualah tempat untuk kita meminta pertolongan. Luahkan segalanya hanya pada yang pemberi ujian iaitu Allah. Kerana itu adalah tanda kekuatan dan kebergantungan kita kepada Allah. Yakinlah itu Allah Maha Mendengar. Benar-benar Maha Mendengar. Sungguh tiada sebaik-baik pendengar yang setia melainkan hanya Allah yang Mengetahui akan segala isi hati.
Berulang kali Allah bagitahu dalam Al-Quran,
"Bahawa tiap kesukaran itu disertai kemudahan."
Dan Allah siap bagitahu bila kita mahu berharap, cukuplah kita hanya berharap kepada Allah. Datangi Allah dalam apa jua cara. Meskipun kamu sampai harus merangkak di padang pasir demi untuk mendekati redha dan cinta Allah, lakukanlah.
--
Dan janganlah mencari Allah hanya bila kita perlu sesuatu daripada Allah.
---
p/s : Peninggggg :(