Tuesday, November 27, 2018

Tempat kerja.



--

Ustaz Pahrol pernah kata,


"Tempat kerja tempat yang lama kita berada. Jika balik rumah, kita balik dan tidur. Di tempat kerja kita jumpa dan berurusan dengan orang. Jika kita tidak bahagia di tempat kerja maka kita tidak bahagia."


---

Nasihat Dr Fadilah Kamsah kepada mereka yang mahu berhenti kerja sebab tak boleh kerja dengan orang, sebab rasa tak dihargai, sebab kawan-kawan tak ngam dengan kita,

"Betulkan diri kita dahulu. Betulkan niat kita. Doakan semoga orang-orang yang tiada hubungan baik dengan kita akan menjadi baik dengan kita, doakan untuk bos supaya bos sayang kita, doakan untuk company semoga company sukses."


--


Sebenarnya senang kita nak rasa disayangi ditempat kerja. Sangat mudah nak dihormati, dipercayai dan rasa tenang ditempat kerja.

  • Tanamkan niat kerja kerana Allah. Pasti Allah bantu niat kita yang lain seperti nak bantu keluarga, nak bayar hutang dsb..
  • Buat baik dengan semua orang, dengan kawan-kawan sekerja, dengan pembantu, dengan pelanggan, dengan pelawat dsb..
  • Jangan mengadu domba. Nampak kesalahan orang, mudah adu pada bos dan jadi bahan umpatan dengan kawan-kawan. Jangan mulakan! Ini virus, pembunuh senyap ditempat kerja.
  • Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi ditempat kerja. Tenang akan selalu menang :)
  • Sentiasa ucap terima kasih pada bos dan kawan-kawan.
  • Mohon maaf jika bersalah. Jangan ego.
  • Senyum, usah mudah sangat berubah muka (Ini cabaran jugak bagi aku, dushh ==')


---


Tempat kerja adalah rumah kedua kita. Tempat kita mencari rezeki. Jika ditempat kerja kita bermain dengan perasaan; kita tidak suka dengan rakan sekerja, kita membenci, bagaimana doa kita mahu dimakbul Allah?







-



"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat pada yang lain."

Semoga kita mampu.
Allah ease.













P/s : Penat tapi seronok :)




Friday, November 9, 2018

Rules.





Don't break a bird's wings and then tell it to fly.
Don't break a heart and then tell it to love.
Don't break a soul and then tell it to be happy.
Don't see the worst in a person and expect them to stand by your side.
Don't play with fire and expect to stay perfectly safe.


---



Life is about giving and taking.
You can't expect to give bad and receive good.
You also can't expect to give good and receive bad.

Does it happen?

Yes, but don't make that an excuse for you to keep doing what you know is wrong.




--







So?

Don't blame life for what you do.
















P/s : O' Allah make it easy for me, not difficult. Aaminn.



Monday, October 15, 2018

Agama.


--

Orang tua-tua dulu selalu pesan kepada anak mereka yang akan merantau jauh dengan mereka,


"Solat kamu jangan sesekali tinggal tau"

-

Bila difahami betul-betul, pesanan itu membawa seribu makna. Dalam tempoh pembesaran kita, setiap ibubapa mempunyai tanggungjawab untuk mendidik bab agama kepada anak masing-masing. Setiap ibubapa tahu anak dia setakat mana. Sebab tu kadang-kadang, jangan marah mak ayah kita kalau tidak diizinkan untuk merantau. Sebab mereka tahu jikalau kita jauh dengan mereka, agama kita akan tergadai. Sebab apa? Solat kita pun cincai-cincai, disuruh solat pun sempat lagi membalas whatsapp.

-

Sebab itu apabila ibubapa yang betul-betul mendidik anak mereka dengan agama, mereka akan berasa senang hati untuk melepaskan anak mereka merantau di negeri orang. Kerana mereka tahu, didikan agama sudah diberi. Yang tinggal hanyalah diri sendiri untuk membawa diri di negeri orang.


---


Sahabat sekalian, ketahuilah. Kemana sahaja kamu melangkah, agama itu jangan sesekali kamu tinggal. Amalkan betul-betul didikan agama yang telah diberi supaya tidak terlalai dengan permainan dunia. Uruslah dunia ini dengan agama. Tuntutlah ilmu agama walau di mana kamu berada.


--


Moga-moga Allah permudahkan urusan kita semua 💕











p/s : Lagi tinggi harapan, lagi besar kekecewaan.






Tuesday, September 11, 2018

Muharram 1440H.



Tahun baru islam.
Moga makin bertambah amal dan bekal.
Bekal menuju sana.


--

Maafkan semua.

Benar semua orang buat salah. Dan semua orang juga berhak berubah. Semua orang berhak untuk dicintai Allah.

Hari esok masih ada, tapi belum pasti tetapi belum pasti untuk kita. Sama ada berpeluang atau tidak untuk bernafas keesokan harinya dan melihat senyuman dunia.

Alangkah baiknya jika lafaz dan fikiran kita adalah taubat, muhasabah serta perbanyakkan doa, moga kita sentiasa hidup dan mati dalam husnul khotimah ; pengakhiran hidup baik-baik saja.

Bukankah itu yang selalu menjadi harapan kita?

Moga kehadiran bulan baru dalam takwim hijriah ini menjadikan kita hamba yang lebih baik dan bertaqwa.

---


Jadi baik jangan tunggu usia tua kerana mati juga bisa datang saat kita masih muda.



Moga Tuhan selalu sayang 🍁






 credit #notapencarituhan #elheejrah

 

Sunday, September 2, 2018

Untuk kita.

Assalamualaikum.


"Aku" dan "Kau" - biar kita merasa lebih dekat.


Dalam hidup ini, antara perkara yang perlu kita pesan pada diri, ada sesuatu Allah tetap tak beri walaupun kita dah sehabis usaha. Contohnya,

----

Dalam pelajaran, dalam perhubungan, dalam pekerjaan dan macam-macam perkara.
Dalam pelajaran ; Kau belajar susah payah nak test nak kuiz nak itu nak ini tapi hasilnya biasa-biasa saja, pendek kata langsung tak memuaskan bagi kau. Ataupun kau dah berusaha kumpul carrymarks berlebih-lebih tapi bila result final keluar masih sama tiada perubahan, tak dapat keputusan yang baik. Kau pun mula jeling-jeling orang lain. Lagi sakit hati bila yang duduk study last minit atau study tak banyak mana itulah boleh dapat keputusan lagi hebat dari kau.

Habis tu, kau nak kata apa? Allah sangat tak adil?


Ramai yang rasa dan pernah mengalami situasi macam ni. Aku pun salah seorang yang tak terlepas. Tapi Allah beri rasa bahagia dari sisi lain. Satu saja aku nak pesan, jangan pernah sekalipun salahkan Tuhan.


Sedangkan Dia lebih tahu apa yang lebih baik dan atur untuk kau. Janji kau terus usaha dan tak putus asa. Sebab bila kau usaha tapi masih juga tak dapat apa yang kau nak, memang jelas ada something Allah nak tunjuk dan ajar ; ada sesuatu yang lebih baik untuk kau.


---


Okei. Mari cuba kita belajar pandang sisi baik.

Mungkin Allah nak kau terus gigih usaha supaya kau dapat genggam dan gapai sesuatu yang lagi tinggi dan kau tak pernah terfikir pun untuk dapat. Mungkin Allah tak izinkan kau dapat apa yang kau nak sebab kau akan berbangga-bangga, bongkak diri bila Dia beri kejayaan besar pada kau dengan usaha sekecil itu.
 Jadi Dia jatuhkan dulu kau sebelum kau dapat bangun panjat lagi tinggi. Biar kau ingat ; setiap apa yang Allah beri bila-bila saja boleh ditarik balik. Cantikkan jalan cerita yang Allah cipta untuk kita?
--

Kawan, hidup ini kita tak boleh terus mengalah bila sekali tak dapat capai apa yang dihajatkan. Kena terus usaha sebab Allah sangat tak suka orang malas. Kau sedih, kau tak puas hati semua terus diadu pada Dia. Aku jamin Dia akan 'pujuk' kau dengan cara paling romantis kalau kau tahu cari Dia.


Nanti bila kau dah terpujuk, bangun dan terus maju kehadapan. Kita belajar dari hidup, dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besar perkara.


-

Luaskan pandangan, cari sisi baik setiap takdir yang sudah direncanakan. Jangan asyik cari yang buruk sampai mata hati tertutup dan menggelapkan dunia yang kau hidupkan.



Remember --

Allah loves you more than you can imagine. He saw good in you even when you could not see good in yourself.



#creditnotapencarituhan






p/s : Heads up, u've got this.